Buah Zuriat

MA tak pernah tau tentang kewujudan buah zuriat nie. Diketahui bila Kak Longku pulang dari Mekah dan dibelinya di sana.



Beginilah rupanya. Kak Long beli 2 biji untuk abangku dan isterinya. Cuba ikhtiar coz mereka belum lagi dikurniakan zuriat.

Bila aku goggle, buah zuriat ini dipanggil buah adam / buah hawa / buah zuriattin / buah koka. Buah ini berasal daripada pokok koka. Ala... yang ramai orang sibuk beli untuk buat cincin atau tasbih.

Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.

Buah zuriat ini dikatakan (dengan keizinan Allah SWT) dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Beginilah keadaan dalam buah zuriat.



Kalau ada sesiapa nak mendapat maklumat lanjut tentang buah zuriat nie, boleh tengok di herbazuriat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment