Hujung minggu tonton Night At The Museum Secret Of The Tomb

Salam Kasih Sayang.

Hujung minggu lepas, ajak PA pi tgk wayang di Alamanda. Lama rasanya tak menonton di wayang. Seperti kisah cerita ini sebelkum ini... memang kami tidak pernah miss.. Rasa berbaloi menonton cerita ini kerana kami comfirm gelak sakan dengan aksi yang mencuit hati.











  Laa bersama sekuriti Muzium British


 Ini watak Merenkahre (bapa Ahkmenrah)








 
Dexter



SINOPSIS:

Cerita ini masuk siri ketiga, merupakan kesinambungan cerita Night At The Museum sebelum  ini. Kebanyakan watak adalah sama, ada juga tambahan watak baru iaitu Laa, Tilly, Sir Lancelot, Garuda.

Kalau dalam siri pertama, Larry bertembung dengan pelbagai generasi dan puak manuasia dan haiwan, dalam siri kedua pula dia bertemu dengan pelbagai jenis tokoh ternama manakala dalam siri ketiga ini lebih banyak aktifak manusia.
 
Cabaran dalam cerita ini apabila Larry Daley, sekuriti muzium tersebut perlu menyelamatkan patung-patung itu dari terus mati. Sebenarnya patung-patung daloam muzium itu hidup sebab adanya tablet emas dari zaman firaun. Kuasa magik yang berada dalam tablet itu semakin lemah kuasanya. Sejarah tentang tablet itu hanya bapa Ahkmenrah yang tahu. Merenkahre (bapa ahkmenrah) tidak berada dalam muzium tersebut tetapi di Muzium British.

Bila tiba di Muzium British, menjadi masalah juga apabila benda-benda lain  di dalam muzium itu bernyawa juga dengan kuasa tablet tersebut. Namun setiap jam, tablet itu akan mula mereput dan jadi hitam serta rosak. Begitulah cabaran yang perlu Larry hadapi.

Sesiapa yang tidak tonton lagi, pergilah.. memang best sangat-sangat.
Aisya pun terhibur masa layan cerita ini, lagi-lagi dengan watak Dexter, monyet nakal dengan pelbagai gelagat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment