Selamat Datang 2015

Masih tidak terlambat untuk MA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Hari ini sudah masuk 7 Januari 2015.

Tahun baru dengan azam baru.. Semangat baru... Impian baru... yang lelama tidak tercapai tu.. boleh sambung tahun ini ye..(sebab MA ada yang tertunai lagi). 

Hari ini adalah kenyataan, semalam adalah kenangan, esok adalah Impian..
Dibawah ini adalah sebahagian Azam Tahun Baru 2015 yang mahu MA capai. Harap terlaksana dengan jayanya. 


IBADAT 
- Laksanakan Solat Sunat Dhuha (agar rezeki lebih berkat & bertambah) 
- Selawat 100 kali untuk pagi, petang dan malam 
- Ganti puasa & puasa sunat Isnin dan Khamis 
- Adakan Tabung 'Sedekah Subuh' 

KESIHATAN 
- Perlu cukup atau lebih minum air suam 8 gelas sehari (sebelum ini kurang, itu yang mudah pening-pening) 
- Lebih motivasi makan vitamin setiap pagi & malam (kerap terlupa & terlajak sebelum ini) - Tidur sebentar 20 minit sebelum atau selepas Zohor 

EKONOMI 
- Simpanan RM5 pada setiap hari selama setahun 
- Mengasah ilmu dalam membuat kek dan biskut 
- Melangsaikan segala hutang pinjaman JPA dan pinjaman komputer
- Aktif dalam penulisan blog dan tulis paling kurang 1 artikel sehari 
- Lebih kerap update maklumat di FB untuk bisnes papamamaclubstore 


Nielah senarai yang MA terfikir masa ini. Rasanya ada lagi.. tapi.. ini saja yang MA teringat. Lainnya tu.. MA catit dalam buku nota. Bawa pergi ke mana-mana je teman rapat MA tu. Memang setia sangat. Sekurang-kurangnya bila MA selak ia.. dan bawa segala impian yang ditulis tu.. akan termotivasi semula. Haha.. balik ke pangkal jalan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment