Jatuh Cinta ..... Dengan Solusi

Semalam petang balik dari pasar kat presint 8, sempat aku singgah satu kedai nie..(lupa namanye..) untuk beli jintan manis, jintan putih dan ketumbar (nak buat serunding). Masa nak bayar kat kaunter, ternampak Majalah Solusi keluaran no. 36 kat rak tepi kaunter. Belek-belek sekejap. Macam berminat nak beli dan best jee chita dalam majalah tu. Trus ambil dan bayar sekali.

Sebenarnya masa bulan Ramadan tempohari aku memang nak beli gak melalui opis bagi keluaran no.34. Tapi, bila call katanya kena tempah dahulu sebab stok padanya adalah pada mereka yang telah tempah. Tak tau pun. Klu melalui opis, dapatlah beli harga murah skit.

Tapi.. semalam memang dah tak sabar, jumpa jee terus beli. Bagi aku.. hal-hal yang mendatangkan ilmu nie.. tak perlu nak tawar-menawar. Klu dapat lagi baguslah. Klu memang dah harga macam tu.. terima jee lah.

Kat bawah nie gambar majalah Solusi yang aku terlepas beli dan sedang mencari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sama-sama kita kongsi ilmu

Masa lapang yang ada, aku cukup suka melayari internet dengan mencari ilmu-ilmu yang berguna seperti motivasi perkembangan diri, ilmu-ilmu agama atau apa-apa saja yang berinformasi. Kekadang masa free waktu rehat, aku meminjam buku dari pepustakaan pejabat.

Aku nak share..lah skit berkenaan dengan Rahsia Wuduk Dari Sudut Kesihatan. 

Apa itu wuduk?
Kenapa kita perlu wuduk?
Tak boleh ke.. klu kita solat tidak berwuduk?

Adakah anak-anak anda bertanya soalan seperti di atas? Em.. bila dijawab, ada saja soalan lain yang ditanya? Tak pernah puas dengan jawapan diberi sehinggalah ada bukti yang jelas bagi penerimaan akal mereka.

Dari bacaan yang saya perolehi, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Bangsa cina banyak mengkaji ilmu refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi inin dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Berdasarkan ilmu perubatan china, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Manakala 5 lagi kawasan terletak antara buku lali dan lutut, ia kawasan yang disunatkan berwuduk.

Subhanallah... dalam kita berwuduk itu rupa-rupanya mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.
Apabila seseorang menyentuh mukanya semasa wuduk, ia dapat merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.

Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus pankreas, hempedu, tiroid dan kasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf yang berperanan untuk mengelokkan kelenjar pitutari dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Dengan berkumur pula semasa berwuduk bertujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makana yang melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi supaya bersiwak (menggosok gigi). Mengikut Malaysia Healthcare Guide, antara cara yang terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan atau paling kurang berkumur mulut.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rajinnya dia...

Rutin biasa waktu malam klu ader pakaian yang telah kering dan perlu dilipat, aku akan hubby akan bergotong-royong melipat sama-sama. Masa nie juga Aisya tak terkecuali menolong sama. Banyak kali dia perhatikan tanganku masa melipat baju. Pastu.. dia plak wat eksperimen melipat baju.

Aku menegah tidak.. melarang pun tidak.. biar dia belajar dan berfikir pada setiap permerhatian yang dia nampak. Kekadang bila aku habis lipat baju... tanpa disuruh, kain yang dilipat tu dibawanye masuk ke bilik dan diletakkan dia atas katil. Anak mama memang rajin.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Tertinggal Telefon Bimbit...

Tengahari tadi hendak ta nak kena gak balik rumah. Nasib baik dari office ke rumah dekat je.. klu lalu parking kat bawah office plus dengan lampu jalan laie.. dalam 10 minit juga lah sampai rumah. Dekat lah kan..

Bila dah sampai rumah, rupanya hubby pun ada. Ada hal katanya. Em.. masa tu plak perut berkeroncong.. Dah tengaharikan.. Apa lagi dalam 20 minit sempat aku masak nasi, sambal sardin ngan telur dadar dan panaskan ayam goreng lebih malam tadi. Lauk panas-panas... memang menyelerakan.

Sempat aku suruh hubby ambil gambar nie..






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lama Menyepi..

Huh... lama dah ku menyepi diri kan!
Tiada chita.. Tiada perkhabaran... hampir berbulan-bulan.
Azam selepas raya nie.. nak menjadi blogger yang tegar..
Em.. bole ke... Insya-Allah... semangat dan keyakinan mesti ader.
Sehari-hari tengok blogger-blogger lain dapat cash Nuffnang.. Ish.. Ish..
Hendak merasa juga..

Selamat kembali teman-teman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS