Klik.. Klik... Gambar Raya Bersama Family

Hari nie dah masuk 27 Syawal. Tinggal 3 hari lagi.. Syawal pergi meninggalkan kita.

Em.. orang lain semua dah post chita tentang raya. Aku.....

Nie baru jee nak tunjukkan gambar raya sebelahku dan hubby.

Tahun nie kami sekeluarga beraya di Segamat, Johor. Kat sana rumah kakakku yang sulung, namanya Latifah. Tahun depan of course.. belah hubbyku.

Gambar kat bawah nie diambil pada pagi raya. Lepas sang suami balik dari raya, bagi mereka yang dah berkahwinlah.. bagi bujang ku gelar sang teruna.


Nie family kakak sulung, Latifah. Anaknya memang meriah... 8 orang. Seronok tengok ramai-ramai nie.



Nie pula family kakakku, Habshah. Anaknya ada 4 orang.



Yang nie pula abangku, Mohd. Nizam. Masih still honeymoon jee. Bersama isterinya, Najihah. Atau panggilan manjanya, Ita.



Nie.. takkan tak kenal. Aku anak-beranak. Masa nie Aisya nangis jee. Dia takde mood nak bergambar. Bila habis sesi gambar aku tukarkan dia baju lain, rupanya.. baju yang dia pakai tu menyerap haba. . panas.. nangis tu sebab tak selesa.



Ini pula gambar beramai-ramai bagi 4 family, ada 3 family lagi yang tiada iaitu abang ngahku, Ghani; abang udaku, Jaafar dan kakakku, Zabidah. Masing-masing raya kedua baru datang.



Kat bawah nie pula gambar bersama keluarga family hubbyku.
Bersama bapa mertua dan mak mertua tercinta. Aceceh... Masa sesi bergambar nie belah malam. Mood Aisya ok, nie dah mesra ngan Nanda-nya.


Inilah keluarga besar suamiku. Adik-beradiknya ader 4 org. Kakak, abang dan seorang adik perempuan.


Tengok tu.. gambar Aisya terkangkang. Tertolah ke kiri tu nak tengok papanya ada kat mana.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah Dari Papa Buat Aisya

Semalam tengahari papa cal mama, katanya dia nak ambil barang yang dijanjikan dengan kawannya. Em.. Apa barangnye.. tunggu ler akhIr chita.

Sebelum nie Aisya asyik menekan-nekan laptop kitaorg jee.. tak laptop mama or.. laptop papa.

Bile mama nak buat kerja... (banyak facebook jee).. hehe.. mulalah dia mengacau. Klu nak suruh buka Hi-5, berkali-kali lima jarinya ditunjukkan... five.. five.. katanya.

Kekadang nak tengok upin ipin, kekadang suka dengar lagu ABC dan Twinkle-Twinkle Little Star dalam you tube.

Mama ada berpakat dengan papa, besday Aisya 2 tahun nanti klu ada rezeki lebih hendak hadiahkan Aisya  gadget yang murah. Yang boleh save video, lagu dan game disitu. Bole juga download ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa harian. Dapat juga dia belajar dari situ. Hendak belikan Ipad or Samsung Galaksi.em.. mahal lak & tak berbaloi rasanya budak kecil macam Aisya diberi benda seperti itu.

Namun... Alhamdulillah,  rezeki papa lebih bulan nie... papa ader order dari kawannya.. kiranya hadiah besday untuk Aisya papa dan mama dah kasi dulu lah yee...

Petangnya, bila mama balik dari kerja papa tak sabar tunjukkan mama barang yang dibeli tu.

Em.. mula-mula ingat ader satu barang je... tapi siap ada keyboard lagi. Klu nak pisahkan cabut USBnya.




Tup.. tup... Lepas tu papa tunjukkan beg pulak..



Lebih terperanjat lagi... ader tambahan aksesori lain lagi... Em... klu dikira-kira bawah RM900 dapat alatan seperti ini memang berbaloi.



Ader tak sesiapa yang berminat nak beli. Bole cal husband saya yee... 012-245 8031.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CD Upin Ipin Jadi Koleksi Anakku

Aisya memang minat sekali lagu dalam chita Upin Ipin tu. Klu dengar memang terlonjak-lonjak sambil ikut menyanyi bahasanye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jatuh Cinta ..... Dengan Solusi

Semalam petang balik dari pasar kat presint 8, sempat aku singgah satu kedai nie..(lupa namanye..) untuk beli jintan manis, jintan putih dan ketumbar (nak buat serunding). Masa nak bayar kat kaunter, ternampak Majalah Solusi keluaran no. 36 kat rak tepi kaunter. Belek-belek sekejap. Macam berminat nak beli dan best jee chita dalam majalah tu. Trus ambil dan bayar sekali.

Sebenarnya masa bulan Ramadan tempohari aku memang nak beli gak melalui opis bagi keluaran no.34. Tapi, bila call katanya kena tempah dahulu sebab stok padanya adalah pada mereka yang telah tempah. Tak tau pun. Klu melalui opis, dapatlah beli harga murah skit.

Tapi.. semalam memang dah tak sabar, jumpa jee terus beli. Bagi aku.. hal-hal yang mendatangkan ilmu nie.. tak perlu nak tawar-menawar. Klu dapat lagi baguslah. Klu memang dah harga macam tu.. terima jee lah.

Kat bawah nie gambar majalah Solusi yang aku terlepas beli dan sedang mencari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sama-sama kita kongsi ilmu

Masa lapang yang ada, aku cukup suka melayari internet dengan mencari ilmu-ilmu yang berguna seperti motivasi perkembangan diri, ilmu-ilmu agama atau apa-apa saja yang berinformasi. Kekadang masa free waktu rehat, aku meminjam buku dari pepustakaan pejabat.

Aku nak share..lah skit berkenaan dengan Rahsia Wuduk Dari Sudut Kesihatan. 

Apa itu wuduk?
Kenapa kita perlu wuduk?
Tak boleh ke.. klu kita solat tidak berwuduk?

Adakah anak-anak anda bertanya soalan seperti di atas? Em.. bila dijawab, ada saja soalan lain yang ditanya? Tak pernah puas dengan jawapan diberi sehinggalah ada bukti yang jelas bagi penerimaan akal mereka.

Dari bacaan yang saya perolehi, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Bangsa cina banyak mengkaji ilmu refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi inin dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Berdasarkan ilmu perubatan china, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Manakala 5 lagi kawasan terletak antara buku lali dan lutut, ia kawasan yang disunatkan berwuduk.

Subhanallah... dalam kita berwuduk itu rupa-rupanya mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.
Apabila seseorang menyentuh mukanya semasa wuduk, ia dapat merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.

Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus pankreas, hempedu, tiroid dan kasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf yang berperanan untuk mengelokkan kelenjar pitutari dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Dengan berkumur pula semasa berwuduk bertujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makana yang melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi supaya bersiwak (menggosok gigi). Mengikut Malaysia Healthcare Guide, antara cara yang terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan atau paling kurang berkumur mulut.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS