FM yang cantik

Em.. FM nie dah ku terima minggu lepas lagi. Masa tu beli dari Milk A Deal. Promosi bagi 6 keping FM berharga RM28. Murahlah..kan. 

Sesiapa yang berminat bolehlah tempah. Dekat Meal A Deal ada buka promosi dengan lagi bagi FM ini.



(Bertambah lagi koleksi FM ku. Kali nie special skit ada gambar family)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenangan terakhir bersamamu...

Hari Isnin lalu merupakan hari terakhir CC di opisku berkhidmat. Namanya cc Faridah. Kiranya dah berpencen atas pilihan. 

Em.. walaupun baru setahun mama mengenali cc, tapi terasa sudah lama bersamanya. Bila bersama CC, mama seperti merasai kemesraan seperti seorang ibu.


Kad buat CC



Macam-macam ucapan dalam kad tu..





Terima bunga dari Wani
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tekunnya Dia.....

Nie hobi terbaru Aisya, selain melayan lagu nasyid + Hi-5 + Upin Ipin di tv, melayan lagu di Super Padnya... sekarang nie pantang di beri pensel atau kaler pensel bersama kertas kosong. Tekun jee dia melukis entah apa-ape jee.


Pegang pensel tu dah betullah.. tapi... ia tangan kidal (gen mamanya kuat mengatasi papanye lah).



Memerhati semula apa yang dilukis.



Menyambung kerja kembali 



Mata sempat lagi tengok iklan di TV

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pi Ke Zoo Ayer Keroh, Melaka

Dua minggu yang lalu, selepas balik dari kursus di Puteri Resort, Melaka mama tak ikut teman-teman yang lain balik sekali dengan bas. Mama tunggu papa datang jemput. Sebenarnya tak plan pun. Pagi tu pas sembahyang subuh, call papa dan tanyanya nak bawa Aisya datang ke Melaka tak? Tak sangka pula idea mama diterima. Hajat hari nak bawa Aisya pi zoo jee.


















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantun Seloka PT Bekalan

Pantun Seloka buat PT Bekalan nie aku karang sempena perpisahan Cc Faridah semalam. Gambar-gambar terakhir bersama Cc akan disiarkan kemudian.


Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada pendengar dan kalian semua,
Bukan mengumpat bukan mengata,
Hanya sekadar pantun seloka.

Bonda kami yang baik tak terkira,
CC Faridah itulah namanya,
Mulai esok akan meninggalkan kita,
Jasa dan budinya tak akan kami lupa.

Inilah dia seloka PT Bekalan,
Tingkat 3 di hujung utara,
Pelbagai ragam untuk ingatan,
Buat tatapan dikongsi bersama.

Banyak cakap tapi baik hati,
Masih belajar part-time poly,
Nora Hafshah bukannya penyanyi,
Dengan barangan MACnya wajah berseri.

Nama Suhana sehebat pemiliknya,
Tiada siapa berani mengusik,
Bila tersenyum manisnya ia,
Sesiapa pandang pasti tertarik.

Bertubuh kecil lagi lincah,
Siapa lagi kalau bukan Sanisah,
Sentiasa jalankan tugas dengan amanah,
Kalau makan selera bertambah-tambah.

Zaimah pula senyum sentiasa,
Jelingan matanya cukup memukau,
Banyaklah Kau… itulah ungkapannya,
Kalau serius.. jangan dikacau.

Cerita korea jadi kegilaan,
Sesiapa lalu dia boo.. layan,
Fesyen tudung sekarang semakin sopan,
Bila sejuk sure Fauzila berstokin.. coz tak tahan..

Norhayati lain pula ceritanya,
Berbadan kurus tinggi pula,
Contest kat internet dan paper suka ikut serta,
Waktu rehat memang suka membuta.

Popia goreng amat disukai,
Sambil kerja, berjualan tudung juga,
Itulah dia gadis bernama Marini,
Asal Sarawak masih belum berpunya.

Dialah Shazwani petah berkata,
Tangan gatal-gatal suka mengorek saja..,
Bila menyanyi merdu suaranya,
Silap gaya.. boleh jatuh cinta.

Waktu pam susu tak mahu sendirian,
Suka buat secara berjemaah,
Bila berlawak memang tak tahan,
Kalau berbicara Siti Fatimah cukup berhemah.

Noor Safarina wajah berseri,
Bila ketawa nampak semua gigi,
Pelbagai ragam dan juga aksi,
Kalau tak layan tak pernah ambil hati.

Hobi Faznida suka membaca,
Nampak serius kalau buat kerja,
Bila bercakap petah berkata-kata,
Bertubuh kecil cukup bersahaja.

Normurni PA kepada En. Othman,
Sentiasa senyum walau kerja tak menang tangan,
Hantar fail dan surat berlari keriangan,
Cukup bertanggungjawab dan patuh arahan.

Bergaya ringkas mudah sekali,
Melayan komputer hobi sendiri,
Buatan kek batik ia sedap sekali,
Bila bekerja Shafiza cukup dedikasi.

Bila bercakap ada style sendiri,
Itulah Rozia punya peribadi,
Masih cuti bersalin masa ini,
Klu ada telatahnya juga mencuit hati.

Fatimah Noor @ Tim panggilan mesra,
Sudah bertugas di BSWP tingkat dua utara,
Hubungan dengan geng tingkat 3 tetap mesra,
Waktu rehat mesti join makan bersama.

Ini hanya gurauan semata,
Untuk kenangan kita semua,
Ampun dan maaf kami pinta,
Harap jumpa di lain masa.

Kenangan manis kekal selama-lamanya,
Jasamu CC Faridah tak mungkin dilupa,
Pemergianmu CC kami redha,
Sudah suratan berpisah akhirnya.

Sampai di sini seloka kami,
Tidak berakhir hubungan ini,
Silaturahim kita terus terpatri,
Biarpun CC Faridah tiada disisi.

Ampun dan maaf kami pinta,
Andai pernah mengusik rasa,
Jenguklah kami disini sekali sekala,
Andai rindu datang menjelma.

Semoga CC Faridah sihat sejahtera,
Menyusuri hari-hari yang ceria,
Di samping beribadat pada yang Esa,
Moga sekeluarga dilindungi Allah hendaknya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS