Ombak Rindu akan berada di pawagam

Ingat tak pada novel Ombak Rindu. Ia menjadi salah satu koleksi novel yang MA sukai masa zaman belajar dulu.

Cerita ini akan keluar dalam bentuk filem pula. Em... dah lama tak pi tengok wayang dengan PA. Last tengok masa mengandungkan Aisya. Bulan Disember nie Aisya cukup 2 tahun, jadinya hampir 2 tahunlah dah tak tengok wayang bersama PA. Banyak layan filem-filem melalui DVD je.. tengok tv rumah.

Tapi.. filem nie MA memang nak sangat tengok dengan PA di wayang.Mula tayangan pada 1 Disember nie.




Sinopsis : Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syok Layan Maharajalawak Mega







Baru pagi nie MA berkesempatan tengok maharajalawak mega. Em.. rupanya dah masuk minggu ketiga. Kat umah memang tak pasang Astro jadi layan melalui youtube je. Maharajalawak Mega nie bukan terdiri daripada pelawak dari Malaysia, ada juga pelawak-pelawak dari negeri seberang iaitu Singapura dan Indonesia. 

Pada awal minggu ramai pelawak yang terlibat seperti 

 Dari Indonesia ada kumpulan

 LANUN , BAWEL, SAENU, CAER.


Dari Singapura + Malaysia

 SYOK (Ifa Raziah, Suhaimi dan Arif Sudin) 
 GEBU ( Hani dan Azian)


Dari Malaysia 

PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over)
HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak)
BOBOI (Afdlin Shauki dan Harum Salim Bachik)
ANJE (Achong dan Joey)
OSBON (Mr. Os dan Abon)
BAWAL POWER (Bob Kuman dan Sobri)
RAP (Aziz Kota, Pak Lah dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias dan Enot)
Jalil Hamid
Adlin Aman Ramli.

Sesiapa ada masa tengoklah ye.. Maharajawak Mega. Sesekali menghiburkan hati apa salahnya. 

(Suka tengok waktu minggu kedua, Adlin Aman Ramli menari tarian India, memang best)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bestkan Kalau Dapat Pi Bercuti

Beso cuti ujung minggu kembali lagi. Em.. terasa nak pi bercuti kat luar. Tapi.. dimana yek?
Tapi... memang tak dapat pun. Papa Aisya (PA) sedang out station ke Kuantan masa nie. Esok baru balik.
Hajat hati Mama Aisya (MA) ajak PA pi Cameron Highland bawa Aisya. Insyaalllah... klu tiada halangan plan dalam hujung tahun nie.

Terkenang lak masa bercuti ke Bandung hari tu. Masa tu pergi dalam bulan Mei lalu. MA tiada ceritakan pengalaman disana dalam blog nie. tapi layan jee.. gambar nie.

















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata-kata yang cukup menginsafkan

Aku terjumpa satu blog nie... kata-kata di dalamnya cukup memberi keinsafan pada diriku.

Kita ini semua umpama askar yang diutuskan menjalankan tugas rasmi. Setiap kita diberi arahan untuk melaksanakan tugas oleh jeneral agung. Apabila selesai tugas kita, sudah tentu kita perlu pulang. Setiap bayi yang lahir menerima watikah melaksanakan tugas sebagai tentera Allah. Di medan dunia inilah kita belajar dan terus belajar, medan ini kita bertempur dengan nafsu, di medan ini kita berusaha membantu orang lain. Dan bayi itu apabila telah selesai tugasnya sama ada ketika kecil atau tua tetap akan pergi untuk diganti tentera yang lain pula.

Begitulah peralihan semenjak zaman Adam. Semua kita datang dengan tugas, untuk mengenali Tuhan dan untuk mencari bekal. Insya Allah, kita semua bakal pulang juga. Bukan kah kita semua merindui kampung halaman kita juga. Allah pasti tidak sia-siakan perasaan rindu kita kepada kekasih dan kepada kampung asal kita, kampung datuk kita Adam. Di sana semua kekasih akan dihimpunkan. Mudah-mudahan kita berkumpul bersama Baginda SAW.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Aidil Adha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS