Keputusan Dari Perhimpunan Penjawat Awam Bersama PM

MA dan kengkawan office tak bersedia nak ke PICC masa pengumuman tu.. yelah mestilah ramai orang dan jem. Jadi mendengar melalui radio je.

Daripada pengumuman tu MA merumuskan:

1.  Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

2.  Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.

3.  Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

4.  Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

5.  Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

6.  Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

7.  Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Di PICC Bersama PM

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

  • Tarikh : 8 Mac 2012
  • Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
  • Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

MA berharap akan mendapat berita gembira melalui perhimpunan ini. MA dengar melalui radio office jee masa nie.

... Dan akhirnya..... SBPA dibatalkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tengok Apa Tu..

Apa kenalah budak nie tercanggung sambil ngadap surat khabar. Tengok apalah agaknya yee..


Dia tengok apa.....



Aisya tengok Auntie Etty, ada masuk surat khabar. Dah lama pun.. masa tu bulan Januari lalu. Tapi.. masa tu MA sibuk skit dan tak sempat nak upload gambar dalam blog nie.


Jadi modal baju Cap Ayam Asli. Masa Maharajalawak Mega banyak kumpulan buat persembahan dengan pakai t-shirt brand nie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gaya Mengancam

Tak mau kata apa-apa. Layan jee gambar nie..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Putrajaya Blackout

Malam tadi.. sedang syok melihat cerita Ashiteru (akhir) di tv9 tetiba .. lampu lip lap lip lap dan trus terpadam. Ape.. kes yang berlaku dalam fikiran... Rasanya letrik bulan nie memang tak bayar lagi pun.. tapi takkanlah... Mana mungkin..

Buka pintu sliding kat balkoni, tengok rumah depan.. gelap, lihat umah seberang.. em.. gelap jugak. Em.. gamaknya satu Putrajaya gelap nie.

PA ambil Aisya di bilik belakang, masa cerah tadi.. sedang syok dia main kat bilik belakang. PA mencari lampu suluh.. aku pula mencari lilin di dapur dengan bantuan cahaya handset. Tidak sampai beberapa minit, rumah kami bercahaya semua dengan cahaya lilin.


Disebabkan lilin ada banyak, aku letak kat luar balkoni




PA letak lilin di lampu gantung di balkoni juga.




Kawasan seberang blok, ada cahaya lampu di kawasan tangga je.




Keadaan dalam rumah, nampak suasana romantis jee.


Rupanya, daripada satu sumber dan akhbar hari ini memberitahu stesen pencawang di TNB Bandar Baru Bangi terbakar malam tadi. Jadinya kawasan Putrajaya dan Bandar Baru Bangi terganggu bekalan elektrik.

Bekalan ok semula setelah setengah jam, Alhamdulillah.. masa bergelap tu Aisya asyik main lampu suluh jee.. kat mata MA pun hendak disuluhnya. Anak.. anak..  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS