Let It Go

Fonomena cerita Frozen sedang melanda rumah MA sekarang. Sejak minggu lepas MA pasang cerita itu di tv, apalagi.. seisi keluarga menonton dengan kusyuk.

Lagi pulak MA dapat copy cerita ini dari kawan di opis. Masuk dalam pendrive sampai 2GB. Berat tu.. Tapi.. gambar cerita memang tidak menghampakan. Cukup cantik.. macam 4D.

Antara lagu top dalam Frozen ini iaitu lagu Let It Go. Ha.. ha.. anak MA boleh katakan tiap-tiap hari mahu MA pasang lagu nie..







Let It Go (Lirik Lagu Demi Lovato)

[Chorus]
Let it go
Let it go
Can’t hold you back anymore
Let it go
Let it go
Turn my back and slam the door

[Verse 1]
The snow blows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen
A kingdom of isolation and it looks like I'm the Queen
The wind is howling like the swirling storm inside
Couldn’t keep it in, heaven knows I tried

Don’t let them in, don’t let them see
Be the good girl
You always had to be
Conceal, don’t feel
Don’t let them know
Well, now they know

[Chorus]
Let it go
Let it go
Can’t hold you back anymore
Let it go
Let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand, and here I'll stay
Let it go
Let it go
The cold never bothered me anyway

[Verse 2]
It’s funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can’t get to me at all
Up here in the cold thin air
I finally can breathe
I know left a life behind but I’m to relieved to grieve

[Chorus]
Let it go
Let it go
Can’t hold you back anymore
Let it go
Let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand
And here I’ll stay
Let it go
Let it go
The cold never bothered me anyway

[Bridge]
Standing frozen in the life I’ve chosen
You won't find me, the past is so behind me
Buried in the snow

[Chorus]
Let it go
Let it go
Can’t hold you back anymore
Let it go
Let it go
Turn my back and slam the door
And here I stand
And here I’ll stay
Let it go
Let it go
The cold never bothered me anyway


Bebaskan (dari artis Malaysia)

Bebaskan bebaskan
Tak dapatku pendam lagi
Bebaskan bebaskan
Mulakan hidup baru
Salju putih menutupi malam
Tiada jejak yang terlihat
Kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
Hembusan bayu bak gelora jiwaku
Puasku cuba tuk memendamnya
Jangan sampai mereka tahu
Harus menjadi yang diharapkan
Lindungilah yang sebenar
Kini aku
Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti dulu
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku
Kini dapatku lihat jelas dari kejauhan
Ketakutan terpendam telah dapat ku lepaskan
Diatas kedinginan ku bernyawa lagi
Kisah silam ku lepaskan tak mungkin ku sesali
Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Ku cuba sedayaku
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manis senyumannya.. dengan lesung pipit

Haha.. suasana petang yang tenang nie.. boleh pula MA terpikir tentang kawan lama sewaktu sekolah menengah dahulu. Em.. kalau bercakap.. kalau gelak.. kalau ketawa mamang MA tertarik melihat lesung pipit yang terbit pada pipinya. Nampak manis dan cantik.. Kekadang terpikir.. kalaulah ada lesung pipit macam dia.. hihi.. berkhayal sendiri hendak lesung pipit masa zaman remaja lalu. 

Ada satu lagu.. MA sedang ingat.. Haaaaa.. dari  Black Dog Bone yang berjudul Si Gadis Ayu

Hey si gadis yang manis
Senyum di bibir terlukis
Hey si gadis yang ayu
Sebentar lagi kita bertemu

(korus)
Woh woh woh
Gadis ayu... lesung pipit di pipi
Ayu.. senyummu menawan
Gadis ayu...  ku jangan dihampakan
Ayu... sunguh ayu

Hey si gadis yang manja
Aku telah jatuh cinta
Hey si gadis yang ayu
Kau kan jadi milikku..

Ha.. macam tulah lagunya...

Lesung pipit nie dipanggil juga sebagai lubang pipi. Ia adalah lekukan yang terdapat pada pipi. Lesung pipit terjadi akibat variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit ini adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi...

Tapi.. memang rata-rata MA tengok, sesiapa yang ada lesung pipit ini memang memberi kecantikan tambahan pada wajahnya. Kalau lelaki ia jadi tampan. Em.. cuba tengok artis hindustan macam Shah Rukh Khan maniskan dengan lesung pipitnya. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Permohonan Belajar Bagi Lepasan SPM

Sudah hampir sebulan rasanya keputusan SPM/STPM bagi tahun 2013 keluar. Kesibukan mengambil result di sana sini kita dengar masa itu. Ada yang mendapat keputusan yang cemerlang dan mengembirakan namun ada juga yang mengecewakan.

Seorang anak sedara MA adalah seorang bekas pelajar SPM tahun 2013 dari SMK Agama Segamat, Johor. Alhamdulillah.. lulus dengan cemerlang dengan 10A 1B.

Pagi tadi baru dapat panggilan dari sis MA di kampung. MA panggil ia Kak Long. Anaknyalah yang dapat result yang cemerlang tu. Mahu minta pertolongan untuk cal pihak UPU. Katanya mahu membuat permohonan belajar ke Timur Tengah (Mesir, Jordan & Maghribi). Tawaran ini baru dibuka pada 1 April 2014 dan akan ditutup pada 16 Mei 2014. Apa-apa maklumat bagi sesiapa yang berminat boleh lihat di app.moe.gov.my. 

Ok.. pasal sis MA tadi, bila MA call ke UPU di talian 03-8870 6767, adalah seorang mamat nie angkat. Dalam hati MA.. senang pula dapat. Tadi sis MA kata susah hendak call. Tu.. lah.. niat menolong ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah.. 

Masalah anak sedara MA nie dia tersalah masukkan emailnya bagi permohonan tersebut. Jadi.. permohonan tersangkut. Buat permohonan baru tidak boleh sebabnya sudah register no. kad pengenalannya. Hanya boleh membuat sekali permohonan saja melalui no. kad pengenalan yang sama. 

Melalui panggilan MA ke pihak UPU tu, ia memberitahu bagi permohonan universiti ke luar negara memang pihak UPU yang menguruskan dan tarikh permohonan universiti dalam negara telah ditutup masa nie. Jadi apa-apa pengemaskinian tidak boleh dibuat lagi. Tapi.. untuk permohonan ke luar negara dan mempunyai permasalah yang mahu ditanya boleh hubungi di talian 03-8870 6000 dan minta operator sambungkan ke Bahagian Pendidikan Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesta Buku Sepanjang Tahun 2014

Pada peminat buku pasti cukup suka mendapatkan sumber ilmiah. Jadi di sini dapatlah saya kongsikan tarikh-tarikh yang berguna karnival jualan buku sepanjang tahun 2014. Cukup berguna dan berbaloi mendapatkan buku pada masa promosi ini.


Jadual Dan Tarikh Pesta Buku Malaysia 2014

Ekspo Buku Islam Putrajaya
  • Tarikh: 28 Feb – 9 Mac 2014
  • Lokasi: Dewan Cempaka Sari, Presint 3,Kompleks Perbadanan Putrajaya
Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
  • Tarikh: 19 – 23 Mac 2014
  • Lokasi: PICC
Big bad Wolf Book Sale
  • Tarikh: 15 – 23 Feb 2014
  • Lokasi: Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor
Read Malaysia
  • Tarikh: 21 – 30 Mac 2014
  • Lokasi: Mines Exhibition Centre Sri Kembangan, Selangor
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Tarikh: 24 April – 4 Mei 2014
  • Lokasi: PWTC

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekejap je.. sudah bulan Mac

Pejam.. celik.. pejam.. celik... sekejap jee masa berlalu. Sekarang sudah masuk bulan Mac. Dalam tempoh 2 bulan pertama ini, MA hendak berkongsi kegembiraan yang telah MA lalui.

Pertamanya, rezeki di tahun baru. Alhamdulillah.. sangat-sangat bersyukur. Dapat Samsung Galaxy S4 melalui peraduan Dumex Dugro di fb.



Keduanya, bersama teman-teman di ofis, MA pergi percutian sehari ke Jakarta, Indonesia pada 25 Januari 2014. Ha... hanya sehari je.. balik hari je tau. Macam tak cayakan. Walaupun hanya sehari tapi cukup menyeronokkan bersama teman-teman yang sporting seperti Nora, Rini, Yati dan Suri bersama suaminya.




Ketiganya, percutian bersama keluarga tersayang ke Langkawi pada 10 hingga 12 Februari 2014. Sudah lama sebenarnya hendak menyampaikan hasrat Aisya untuk membawanya naik kapal terbang. Kali ini baru tertunai. Selama ini setiap kali nampak kapal terbang di udara... mesti ia bersuara.. 'Aisya nak naik aeroplane mama..'. 

Jadi MA ada beli tiket waktu promosi awal bulan 11 tahun lalu. Bagi 4 orang iaitu RM300 termasuk luggage 25kg. Oklah.. kan.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS