Tempah Baju Raya

Raya dok lagi.. sibuk dah tempah baju... Hihi..
Haaa.. memang puasa lagi 2 bulan tp... takut tailor dah takmo ambil tempahan.
Sebabnya.. pernah terjadi tahun lepas. 
Baju raya beli yang dah siap je..
Pastu, bila pakai ada yang tak kena, terbesar sangatlah.. terpanjang sangatlah.. 
Kira puas hati dengan baju yang ditempah. Ukuran lebih selesa di badan sendiri.

Tapi.. malam hujung minggu MA ajak PA pi kawasan Kajang. Pergi tempah di sana. Bukan tempah baju MA pun. Kiranya baju melayu PA, Aisya dan Ami. 







PA serasi pula pakai baju dari tailor Dzulldeclassique nie. Kalau tempat baju Melayu dalam harga RM100 ke RM200. Ia bergantung pada pattern yang hendak kita buat. Jadi PA lebih serasi jahitan dari tailor nie. Tahun lepas beli baju yang sudah siap dari tailor nie juga, masih selesa dan elok lagi.

Sesiapa yang berminat bolehlah ke tailor nie. Kedainya berdekatan dengan Metro Kajang. Alamat seperti di bawah ye..

Dzull De Classique
Lot No. 39, GF Jalan Besar
43000 Kajang, Selangor.



**Note: Minah pic atas nie dah pandai hendak baju ala-ala princess.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Adam & Dina

Hari-hari buku nie dibelek. 
Rajin membaca.. rajin bertanya kalau tidak tahu..
Kalau MA atau PA lupa.. ia ingatkan..
Alhamdulillah.. Aisya semakin banyak kemajuan..

Sekarang sudah masuk buku ke 3.
Aisya panggil 'Dina & Adam Book' sebab cerita dalam buku ini berkenaan Adam & Dina.

Book 1 : Ambil masa agak lama sedikit iaitu 3 bulan untuk dihabiskan coz baru mengenali dan faham word in English.

Book 2 : Ambil masa 3 hari sebab banyak perkataan dalam book 1 diulang-ulang.

Book 3 : Baru saja terima pada 14.03.2014. Dalam buku ini banyak perkataan baru di pelajari.










Balik tengahari tadi sewaktu MA suapkan makan sempat lagi ia meminta MA ajarnya.
 Muka ceria saja sebab baru lepas mand.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tragedi Waktu Tengahari Isnin

Tarikh 14.04.14, huhu.. ada benda duka menghantui MA. Paginya ada potluck di pejabatkan. 

Kejadian ini berlaku sewaktu tengahari. Masa tu.. MA macam rutin biasa ambil Aisya dari Genius Aulad dalam pukul 12.45 tengahari.

Sebelum pulang, MA tapau makanan untuk Aisya di kedai Darul Salam di bawah tadikanya. Masa itu, Aisya excited beritahu MA yang teacher sudah tukar book reading. Aisya sudah dapat buku baru, katanya.

Entah macam mana, tengahari ini jalan raya sibuk sangat. MA ambil jalan pintas untuk pulang ke rumah, Lama juga MA tunggu jalan clear, tapi memang hendak jadi agaknya... sewaktu MA membelok kereta ke jalan seberang, baru MA tersedar ada motor lalu. Tapi.. MA dah tiba ke tengah jalan, memang tidak sempat untuk MA hendak berundur. 

Aduis.. tragedi April berlaku.. kereta merah yang banyak berjasa ini telah dicela.. Huhu..







Oh.. ye.. abang motor tu mengalami kecederaan ringan. Tapi..motornya memang terus sedikit.

Hingga ke hari ini kereta nie.. tidak dibaiki lagi. Tunggu duit gaji minggu depan jawabnya. Harap-harap sangat ada rezeki terpijak di kala ini. 

Di sini MA ada mendapat maklumat dari blog lain. Cara-cara untuk mengelakkan kenderaan mengalami kemalangan. Ini sekadar ikhtiar saja. Dalam masa yang sama sewaktu membawa kenderaan kita mestilah berhati-hati dan jangan leka.


CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN

Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-

1. Sediakan air dalam satu bekas.

2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.

3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-

· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
· Dari depan ke kiri.
· Dari kiri ke belakang.
· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah.

** Note: Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan Potluck Di Pagi Isnin

Korangg... Isnin lalu ada buat makan-makan di pejabat MA. Alhamdulillah... ada di kalangan teman-teman yang buat potluck. Memang best.. klu masing-masing bawa satu juadah, bila dikumpul-kumpul.. banyaklah jadi juadahnya.

Hari ini baru boleh uploag gambar ye.. sorrylah.. hanya gambar makanan je..















Sebenarnya, ada makanan lain lagi. Tapi tak sempat MA hendak snap gambar. Menu utama bagi sarapan pagi ini adalah Nasi Dagang.

Dalam banyak-banyak menu di atas.. mana agaknya yang MA buat agaknya.. em.. main teka-teka lak. Ini dia, MA kasi gambar lain lak..




Ini jee.. menu yang sempat MA buat iaitu Puding Roti Bakar bersama kuah kastard.

 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadi jenama beras rupanya

Pada hujung minggu lalu, berbelanja di Mydin Putrajaya. Banyak keperluan dapur yang semakin kontang di dapur.

Belek-belek kawasan beras, tup.. tup.. terjumpa lak nie..


Tu dia.. HAYATI jadi jenama beras wangi lagi..




** Note: Jangan fikir nama sendiri tidak boleh dikomersilkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS