Di Petang Yang Dingin

Semalam tiada aktiviti yang hendak di buat. Jadi ajak PA pergi ke kolam Presint 9 di waktu petang.

Mula-mula turun kolam, berpimpin tangan. Kononnya takut-takutlah...


Pastu, bawa diri, tak layan orang yang mengekorinya. Dekat sini ramai sekali budak-budak. Kalau tak guidenya, takut-takut budak besar yang sedang syok mandi terlanggar Aisya. Ada yang main bola, ada yang melompat dan macam-macam aksi yang perlu kita berwaspada.


Masa nie, baru lepas membenamkan kepalanya dalam air. Adedeh.. kesian, mencari udara nak bernafas.


 Sudah berani berjalan seorang diri.


Pas bilas mandi di bilik air dan tukar baju, sambung main di taman permainan pula.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apabila Cuti Panjang

Sewaktu cuti panjang selama 4 hari yang lalu, MA dan Pa memang tidak merancang pulang ke kampung. Jadi banyak lepak di rumah untuk mengemas, melayan DVD Korea dan bila waktu petang melayan Aisya dengan aktiviti luar.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Jagung Oh.. Nasi Jagung..

Semalam petang lepas balik dari latihan futsal, walaupun keadaan kaki terasa sengal-sengal tapi MA terasa bersemangat hendak membuat nasi jagung. 

Buka drawer cari keperluan... em.. semuanya cukup seperti jagung dalam tin, susu cair, rempah ratus dan minyak sapi. Tapi.. bila hendak mula menumis bawang merah, bawang putih dan halia dalam periuk elektrik... MA tak jadi hendak membuka minyak sapi. Sebab bila sudah buka, sayang pula tak guna kesemuanya. MA beli minyak sapi yang tin besar. Nanti banyak balance yang tinggal, jadi MA guna minyak zaitun je. 

Dalam masa 40 minit, sajian malan malam telah MA sediakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Kaki Mula Kejang...

Salam Jumaat buat semua.

Aduis.. bangun pagi tadi memang Istifar banyak-banyak. Cuma kurang beribu lemon jee.. Sudah lama tidak terasa kejang otot kaki seperti nie.. Masa zaman bujang dulu, penahlah kena masa memasuki kawat kaki untuk mewakili perbarisan Sukan Kementerian Kewangan. 

Pastu, bila sudah berkahwin dan dalam proses mengandung pernah rasai juga bila kandungan sudah mencecah ke 30 minggu. 

Tapi.. kali nie sebab dah lama tak exercise.. dan terus menjadi pemain express dalam futsal dalam bahagian. Aduis.. baru 2 hari berlatih.. tetapi yang hari semalam punya memang terasa pancit skit. 

Teman-teman yang menyertai pertandingan futsal di Gelanggang Futsal Galacy, Bangi pada pagi esok, berusaha main sebaik mungkin walaupun ada antaranya baru mengenali dunia futsal exp. MA sendiri. Hehe..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aisya Semakin Kuat Minum Susu

Sekarang nie PA dan MA peruntukan untuk susu Aisya 5 ke 6 bungkus sebulan. Aisya masuk umur setahun je, kami telah menukar susu Aisya dari Anmum kepada Dutch Lady. Jadi, sudah setahun Aisya menjadi teman setia Dutch Lady. 

Dalam tempoh sebulan dua ni, bahan buangan kecil pun semakin banyak. Kalau sebum tidur dalam pukul sepulun MA sudah tukarkan pampers, dalam pukul 3 pagi.. PA akan tukarkan lagi sekali. Apa kes.. klu bawa sampai ke pagi?? Em..habis lencun seluar dan bajunya. MA kurang gemar klu tembus sampai ke alas tilam + tilam sekali. Siaplah tambahan kerja menjemur tilam dan membasuh cadarnya pula keesokan harinya.

Pengasuhnya cakap, Aisya klu kencing macam orang besar dah.. banyak!!. Mana taknya. Sekali minum susu mesti sampai 8 or 9 oz. Klu malam sebelum tidur, 2 botol dia habiskan selang masa sejam. Pastu air kosong lagi sebotol. 

Layan yee.. gambar Aisya jadi model susu. Sekarang nie ada pertandingan Jadi Bijak Jadi Terkenal oleh Dutch Lady. Ia bermula 1 Disember 2011 dan berakhir 15 Januari 2012. Sesiapa yang rajin dan berminat menceritakan perkembangan anaknya, hantarlah penyertaan sebelum terlambat.

 Cukup gembira bila MA suruh dia bergambar dengan pek susu Dutch Lady.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS