Sedapkan Kalau Pekena Nie Waktu Petang

PA dah dua kali bawa MA pi makan kat sini.






Bila agaknya dapat pi lagikan. Em... sedap sekali. Restoran Wahab's.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencegah Jerawat

Pagi nie MA mendapat tip berguna.

Kepada sesiapa yang mukanya banyak tumbuh jerawat, mungkin cara ini dapat membantu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012

Yea.. Hot Air Balloon datang lagi ke Putrajaya dari 15hb hingga 18hb Mac 2012. Tahun nie masuk tahun yang keempat. Pagi-pagi lagi, nak pi kerja.. belon udara panas menari-nari di udara. Em.. best sangat. Kali nie ada nampak belon lain skit.. ada bentuk cake. Ha.. rupanya macam cake giant dah.

Sesiapa yang mahu menghabiskan masa cuti sekolah bersama anak-anak bolehlah membawa mereka ke Monumen Alaf Baru, Presint 2. Budak-budak memang excited tengok belon nie... walhal maknye punnn.




Maklumat lanjut boleh cari di disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita tentang Nurul Nadirah @ Dirang

MA memang mengikuti tentang kes Dirang nie sejak kehilangannya pada 1 Mac 2012. Sewaktu cerita pertama dilaporkan dalam akhbar tempohari, MA mendoakan agar Dirang akan selamat pulang ke pangkuan ibunya. Harap sekali orang yang menculiknya itu ada belas ihsan.

Namun...pada 12hb lalu, pihak berkuasa telah mengesahkan yang Dirang telah dibunuh. Mayatnya dijumpai telah dibakar dalam satu lubang.. Aduis.. memang meyayat hati. Ada manusia yang sanggup membunuh + membakar manusia, apatah lagi insan kerdil yang tidak mengetahui apa-apa. Masalahnya, kes dendam kerana telah dihina dan dikeji. Tapi.. apalah kesalahan budak kecil berusia 5 tahun itu, bukan ia sepatutnya menjadi korban atas ketidakpuasan hati insan yang berhati binatang itu. Binatang pun pandai menyayangi anaknya.

Hari ini, orang jahat makin banyak kat Malaysia nie. Kalau berbanding dengan zaman dulu-dulu, pergi jalan ke mana sorang-sorang tak pernah rasa takut. Namun sekarang, tak taulah nak kata, nafsu jahat menguasai akal.

Seingat MA, masa kecil dulu.. umur macam Dirang tu MA dah pergi kedai sorang-sorang. Kayuh basikal beli jajan. Hehe.. Tapi.. kalau zaman sekarang nie, kalau anak MA da mula bersekolah pun, MA memang tak kasi anak MA untuk ke mana-mana seorang diri.

Jadi, pada ibu bapa diluar sana, jagalah anak kita sebaik mungkin. Semoga mereka berada dalam perlindungan selalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cantik.. Katanya.

Cuti hujung minggu kali nie memang tidak ke mana-mana. Jadi, layan Aisya jee di rumah. Sekarang dah pandai meghias diri dan melawa. Klu nak wangi-wangi mesti minta losyen dari  MA.

Jadi, kali nie Aisya dengan tekun menunggu MA inaikan tangannya.


Gambar nie PA yang ambil. Membelakangkan cahaya jadi kurang jelas.



Papa nie, sibuk je ambil gambar dari tadi.



MA dah inaikan jari satu tangan, tinggal satu lagi.



Kena tunggu dulu yee.. MA baru boleh basuh.



Inilah jariku yang gebuss.. yang telah diinaikan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS