Cara Membuat Pop Corn

Saya mengambil resepi Pop Corn (Bertih Jagung) ini dari blog cik kemberlycun.

Untuk bertih jagung/popcorn:
1/4 cawan bertih jagung kering
60 ml minyak masak

Untuk karamel:
125 gram mentega
 3/4 cawan gula demerara (anda boleh menggunakan gula biasa)
 2 sudu besar madu


Pertama, tuangkan minyak ke dalam periuk bersaiz sederhana dan tunggu sehingga ia menjadi sangat panas. Untuk menguji jika minyak cukup panas, baling sebiji jagung kering dan apabila ia “menembak”, maka minyak sudah sedia diguna.
Apabila minyak sudah sedia, tuangkan kesemua bijian jagung kering dan tutup serta-merta dengan tudung periuk.
Tekan tudung periuk tersebut. Tidak lama kemudian anda akan mendengar banyak bunyi “pop”. Bagaikan muzik yang sedap! Dengan perlahan-lahan, goncang periuk tersebut supaya bertih-bertih jagung mengembang dengan rata.
Apabila bunyi “pop” telah berhenti, ini bermakna bertih jagung telah selamat dimasak.
Tuangkan jagung tembak ke dalam mangkuk adunan yang besar dan biarkan ia menyejuk.
Pada masa yang sama, tuangkan kesemua bahan-bahan untuk membuat karamel ke dalam kuali yang telah dipanaskan pada suhu yang sederhana.
Kacau sehingga campuran menjadi cair, berwarna lebih perang gelap dan agak berbuih (kira-kira 10 minit). Sesetengah orang suka untuk memasak karamel sehingga sangat gelap (untuk rasa yang lebih kaya) tetapi mudah terbakar.
Segera tuangkan karamel ke dalam bertih-bertih jagung dan gaul dengan 2 sudu besar sehingga popcorn disaluti karamel secara rata. Campuran yang dikendali sangat panas ya, jadi berhati-hati! Sentiasa kacau supaya jagung-jagung tidak akan melekat bersama. Gaul sehingga karamel telah sejuk.


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedapnya Pekena Pop Corn Masa Nie..

Pagi nie MA dapat makan pop corn yang dibawa oleh kawan opis. Katanya beli di Mid Valley. Em... MA teringat kesedapan pop corn yang kakak ipar bawa masa cuti raya tempohari di kampung. Memang sedap sangat.. sangat.










Kalau hendak beli pop corn ini boleh di dapat di KLCC  dan One Utama. maklumat lanjut boleh tengok website garrettpopcorn.com


Suria KLCC
Lot C151, Concourse Floor, Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
Kuala Lumpur 50088

One Utama
Lot G139B, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama,
Petaling Jaya, Selangor 47800


harga pop corn nie seperti di bawah. Kalau hendak cari ysng murah lagi kena cari kat pasar malamlah. Hehe..


Buttery / Plain
Small : RM 9
Medium : RM 13
Large : RM 19
1 Gallon : 79
2 Gallon : 129

Cheese Corn
Small : RM16
Medium :  RM21
Large : RM26
1 Gallon : 89
2 Gallon : 149

Caramel Crisp 
Small : RM 16
Medium : RM 21
Large : RM 26
1 Gallon : RM89
2 Gallon : RM149

Caramel Crisp with nuts ( Macadamia,Almonds or Cashew ) 
Small : RM 19
Medium : RM 36
Large : RM 46
1 Gallon : RM129
2 Gallon : RM229

The Chicago Mix
Small : RM 16
Medium : RM 21
Large : RM 26
1 Gallon : RM89
2 Gallon : RM149


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa cerita agaknya...

MA ada menghantar Pertandingan Rantaian Kasih Habib pada 3 bulan yang lalu. Apa cerita agaknya berkenaan pemenang bagi pertandingan ini. Adakah MA masih ada rezeki dalam pertandingan nie.


Pertandingan ini kena buat pantun 6 kerat menggunakan perkataan yang diberi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepetang Berendam Dalam Kolam

Di petang hujung minggu PA bawa kami semua ke kolam awam di Presint 6, Putrajaya. First time pergi ke kolam nie, selalunya pergi berdekatan kawasan tasik saja untuk memberi ikan makan. Kawasan tasik ini sering menjadi port pengantin bergambar. Kawasannya memang cantik. Landmark paling senang untuk ke sana iaitu anda akan berjumpa dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan juga akan kawasan Hotel Pullman.









Bayaran masuk ke kolam awam ini RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Di sini ada satu kolam untuk orang dewasa dan 2 kolam untuk kanak-kanak.

Waktu petang kolam ini ramai orang. Tempat kami belah hujung belah kiri tu kawasan yang paling dalam.



Masa nie Aisya cakap.. mama jommm.. mandi.












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menang Saguhati Dalam Kleenex

Minggu lepas lagi sudah tahu keputusan nie. Cuma MA tak sempat hendak masuk dalam blog.










Alhamdulillah.. bertambah lagi rezeki menang contest bulan nie. Walaupun MA hanya mendapat hadiah saguhati tetapi MA berasa puas coz masih terpilih. Dalam peraduan ini kena buat cerita kenapa perlu rumah terbuka di rumah MA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS