Mari sini teman-teman, sahabat handai atau kenalan..
Ada sesiapa menggunakan perkhidmatan bas ta? Ye..lah.. bila hendak balik kampung ke, pergi bercuti ke.. yang sapa-sapa tiada kenderaan sendiri atau saja-saja je.. hendak bersenang-senag balik kampung naik bas sebab malas drive bolehlah pi beli tiket online,
Sangat mudah dan senang di catchthatbus.com.
Mudahnya beli tiket bas dengan Catchthatbus
Labels:
Lain-lain
Read User's Comments(0)
Posted by
Unknown
Keria Keledek
Labels:
Resepi
Cuti hujung minggu lalu, tekak MA macam hendak makan keria buatan sendiri. Hehe.. takmau beli.. BUATAN SENDIRI. Maksudnya perlu kerajinan lebihlahkan..
Bukan apa, ada beli keledek murah di Aeon Big, Alamanda. Bila direbus... tidak jalan sangat. Tu.. yang kerna buat sesuatu lak.. agar kasi perabis.
Resepi Kuih Keria
250 gm keledek (MA pakai keledek oren)
2 sudu besar tepung gandum
(orang kata kalau campur tepung ubi lebih lembut, MA tidak letak sebab tiada)
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk penaik
80 gm gula pasir
3 sudu besar air
1. Rebus keledek yg dipotong kecil dengan air dan garam. Rebus sehingga
empuk. Masukkan kedalam mangkuk dan lecek sehingga lumat.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan gula. Gaul sebati. Jika doh terlalu lembik, tambah tepung lagi sehingga menjadi doh yg lembut.
3. Sebelum membuat bentuk tayar, tangan hendaklah disalut dengan tepung
supaya doh tak melekat pada tangan. Ambil sedikit doh dan bulat2 kan.
Kemudian, leperkan dan cucuk di tengah2 doh dengan jari supaya membentuk. Kemaskan dan letak didalam dulang yg ditabur dengan
sedikit tepung. Buat sehingga habis.
4. Sediakan minyak penuh. Panaskan minyak. Bila minyak telah panas,
masukkan kuih keria kedalamnya. Masak sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Untuk menyalur keria.
5. Sediakan kuali. Masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi sebati.
Segera tutupkan api. Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi sebati.
Segera tutupkan api. Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.
Posted by
Unknown
Masuk Hari Kedua
Labels:
Aisya
Huhu.. sudah masuk hari ke dua Aisya kurang cergas. Em.. kurang dengar celotehnya dirumah. Tiada bacaan buku Adam & Dina dan tiada mood untuk mewarna... dan tiada mood untuknya belajar mengeja.
Banyak masa dihabiskan untuk baring dan kerana kesian melihatnya, pada waktu malam MA pasangkan movie melalui laptop saja.
Sehari sebelum ia demam, buku ini menjadi mainannya. Buku ini dibeli sewaktu Pesta Buku di PICC tempohari. Dia sendiri yang pilih.
Posted by
Unknown
Bila TONSIL menyerang
Labels:
Aisya
Aduhai anak.. sedih bila mengenangkannya. Dalam beberapa bulan nie.. Aisya sudah beberapa kali demam atau batuk selesama atau serangan berangkai terus, demam + batuk + selesama.
Malam tadi terjadi lagi. Balik dari dinner bersama teman PA di kawasan Bangsar, MA rasa badannya sudah dedar. Bila tengah malam je.. rasa suhu badannya da meningkat. Tidur malam pun beberapa kali mengigau.
Tidak salah MA dua minggu lepas baru saja rujuk dengan doktor kerana batuknya tidak baik-baik. Bila doktor periksa... em.. tonsil meradang dalam tekaknya.
Beginilah gambaran tonsil yang sedang membengkak. Mesti sakitkan.. Macam Aisya tempohari doc kata ada sedikit tompokan putih pada tonsilnya. MA rasa.. mesti macam dalam gambar bawah ini.
Maklumat yang MA temui dari google berkenaan tonsil:
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus
ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti
streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan
virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga
menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.
Perawatan Radang Tonsil.
Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
** MA terpaksa pergi kerja juga hari ini. Aisya MA terpaksa hantar ke rumah pengasuh dan cutikan pergi tadika. Petang nanti MA perlu paksa Aisya makan ais krim untuk memberi kelegaan pada tekaknya. Minah ni klu waktu sakit or demam tak mau lak makan ais krim.. tapi kalau sihat, hari-hari hendak ais krim kalau boleh.
Posted by
Unknown
Karpal Singh Maut Nahas Jalan Raya
Labels:
Lain-lain
Sedang bersiap-siap pagi ini untuk ke pejabat, terkedu sebentar..
Terkedu.. bila dengar bab kemalangan.
Al-maklumlah MA pun baru melaluinya pada awal minggu ini.
Paguam terkemuka dan merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor terlibat dalam kemalangan maut di kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara Selatan berhampran Gua Tempurung,
Perak di awal pagi kira-kira 1.30 pagi.
Turut terkorban adalah pembantu peribadinya iaitu Michael Cornandez.
Ia dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah.
Punca kemalangan ini disebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.
Posted by
Unknown
Subscribe to:
Posts (Atom)