Selamat Tahun Baru 2011

Tidak terlewat lagi yee untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru.. Hem.. Adakah azam lama telah tercapai? Bagaimana pula dengan azam baru 2011? Klu tanya aku.. em.. ader laie azam tahun-tahun lepas tidak tertunai. Bagiku.. azam tahun baru nie penting sesangat.. manakan tidak ia bagi aku semangat agar hari esok.. esok yang aku lalui tu lebih baik dari hari-hari sebelumnya.


Tapikan.. bagiku.. azam yang ingin dicapai tu perlu dengan usaha dan keazaman untuk laksanakan. Klu mengharap jee.. menunggu jee memang tak jalan.. Memang lah.. kehidupan kita nie telah tertulis di Lukh Mahfuz'.. itu memang benar, tapi Allah akan memberi pada orang yang berusaha.. Jadi, azamku yang tidak tercapai tu coz aku kurang usaha lah ye.. hehe.. paham-paham sendiri lah yee..


Antara azam ku tahun nie..


1. Berjaya dalam bisnes online yang sedang dibuat.


2. Membeli mesin jahit (dah dapat pun pada 1/1/11 jenama janome- terpakai dengan harga  RM150.00). Pasni leh jahit baju aku, baju Aisya, baju hubbyku, jahit langsir umah.. (memang leh jimat)


3. Melangsaikan pinjaman pelajaran dengan JPA


4. Pertambahkan RM dalam akaun simpanan, akaun semasa, akaun amanah


5. Lain-lain (hanya tercatat dalam diari simpananku)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment