Cara Pilih Buah Tembikai

Em.. sedap plak rasanya tekak nie klu dapat berbuka puasa hari nie dengan air tembikai. Em.. tapi hendak buat sendiri baru puas hati, dapat banyak.

Kalau sesiapa hendak beli tembikai apa tip ye.. jangan pakai beli je.

  • Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin. Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan  berkilat menunjukkan ia dah matang, dan buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah.


  • Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air.


  • Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu. Sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Surah Yassin

    Bismillahirahmanirahim..






























































































































































































































    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Homestay Buah-Buahan

    Petang puasa pertama, hubby membawa MA pergi ke dusun durian.


    Nampak tu.. durian ada berlonggok kat meja kayu. Klu tidak salah MA ada 3 kategori harga. Ada yang RM3 sekilo, RM6 sekilo dan RM12 sekilo. Rasanyalah.. MA ingat-ingat lupa.


    Kat belakang tu, homestaynya. ahak.. ahak.. ok tak. Ke nak panggil teratak.



    Masa nie ada seorang Cina datang hendak beli durian. Kawasan dusun nie memang tepi jalan berdekatan Gunung Pulai. Memang strategi, orang mesti nampak punya.



    Aisya dan hubby layan main blok-blok kayu bersama Adam. Kat belakang tu ada yang tengok tv dan ada yang terbongkang tidur. Hehe.. puasa, letihkan. Lagipun baru hari pertama.



    Lepas penat duk dalam, bebudak nie pi layan udara luar pulak. Nie layan cerita Boboi Boy.



    Nak ke mana lak tu anakku?? Terhendap-hendap..



    Oh.. hendak tengok buah durian rupanya. Tutup mulut coz tidak tahan bau durian yang wangiiii.. Hehe..






    Ada hati Aisya hendak tolak Abang Adam yee..



    Lastnya, dia masuk sekali dalam kereta sorong.










    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Kenangan Ramadan

    Dalam sejarah betul pada Ramadan kali ini. Ia terjadi pada awal Ramadan tempohari. Rasanya tidak terlambat untuk MA cerita.

    MA satu family balik kampung belah hubby Jumaat malam. Masa tu orang dah pi start sembahyang terawih pertama. Tapi.. kitaorang baru hendak bertolak pulang ke Johor. Balik kali ini berkonvoi dengan family kakak ipar. Kalau dah berkonvoi.. mesti ada banyak berhentikan, makan minum.. jalan, berhenti untuk tuang minyak.. jalan. Jadi, kami sampai ke kampung pukul 1.30 pagi.

    Sebenarnya, dekat kampung belah suami sekarang sedang musim durian. Sudah berminggu-minggu MA usha-usha kat pasar minggu.. bahagian kedai buah, buah durian yang isinya kuning-kuning memang MA hilang kesabaran hendak menikmatinya, tapi tahan jee.. Yelah.. malas hendak membeli coz nak pekena yang di kampung punya.

    Masa kami sampai awal pagi, bapa mertua tidak tidur lagi. Pas rehat sebentar, bapa mertua macam tau-tau jee mengajak ke dapur. Mula-mula tak pikir untuk apa.. rupanya hendak dibukakan durian.. MA layan jee walau pukul berapa pun. Besokkkan sudah mula berpuasa, kalau tidak pekena memang kempunanlah.. Pukul 3.30 pagi key MA melantak durian. Sebab kekenyangan,, MA memang tak bersahur dah.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Lewat 5 Minit

    Hubby tiada dirumah dari semalam, ada urusan ke Kelantan. Jadi urusan hantar Aisya memang MA kena take over. 

    Biasa hubby hantar Aisya memang lewat dalam kul 7.30 pagi. Tapi.. pagi nie disebabkan MA kena naik bas ke pejabat, MA hantar dia awal dari biasa. Tak salah MA 10 minit lagi kul 7 pagi MA dah mengendong bag pakaiannya dibelakang, dukung dia sebelah kanan dan angkat bekalan makanannya belah kiri. Ha.. terus bergegas ke rumah pengasuh. Pepagi macam nie mata Aisya jangan haraplah hendak buka. Serah pada pengasuhnya pun tiada maknanya dia nak lambai sayang kat mamanya. 

    Pastu teruslah balik rumah ambil beg MA plak. Inilah pengalaman pertama sebenarnya MA naik bas ke pejabat waktu pagi. Kalau balik dengan bas memang selalulah. Kalau nak cepat.. memang banyakkan halangannya. Masa tu jam dah kul 7.15 pagi barulah bas muncul. Mata MA dah terbayanglah punch card yang akan ditanda nanti. Hehe.. Tulah.. bulan puasa nie gaal-gatal tukar WP1 sapa suruh. Tiada sapa pun yang suruh... MA memang kena balik awal sedikit dari biasa pada bulan puasa, sebab pertamanya, balik dari kerja je.. MA kena singging lengan berhempas pulas dengan periuk kuali. Tidak mahulah masak juadah berbuka terkejar-kejar. Keduanya pula, kesian pengasuh anak kerana dia pun hendak menyediakan persiapan berbuka.

    Jadi, seperti jangkaan MA datang pejabat kul 7.35 pagi hari nie. Aduis... 


    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS