Masuk pertandingan lagi...

Rasa Gg%.@.. dan bergegar otak aku jap... Nak tau nape... Nie pasal peraduan di http://www.mypengguna.com/ yang aku terjah semalam. Setelah peraduan Harian Metro yang selesai minggu lepas.. Saja aku mencari-cari dan menjengah mana-mana peraduan yang dapat menambat hati untuk aku sertai. Aku nie memang suka menyertai peraduan yang menguji dan menyakitkan minda nie sebenarnya. Hihi..  Dalam masa sakit kepala tu cari itu dan cari ini.. bagiku ia cukup berbaloi coz banyak input yang aku perolehi sebenarnya selepas itu. Setakat sakit skit nie.. aku suruh hubby picit kepala hilanglah ia.. Hehe.. Biarpun.. kekadang terasa membiolkan kepala otak nie.. Tapi aku puas.. Tang-tang lak bila tau menang atau tersenarai sebagai pemenang. Alhamdulillah... perasaan yang memang tak dapat dikatakan... suka sesangat.

Buat masa nie aku sedang study tentang produk organik. Banyak maklumat yang aku cuba google dari internet. Daripada pembacaan inilah nanti akan aku hasilkan esei yang akan aku terjemahkan tentangnya mengikut pendapat, kajian, pemantauan dan penyelidikanku.. Hehe.. macam ambil exam pulak.

Sebenarnya.. tujuan aku buat benda nie semuanya untuk menajamkan kepala otak aku yang semakin lama semakin berkarat. Sekurang-kurangnya dapatlah aku gilapkannye semula. Zaman study dah lama aku tinggalkan. Nak sambung study.. tu..lah, tengah pikir-pikirkan. Aisya pun dah besar. Cuma.. berkenaan fulus.. aku kena buat kiraan tambah tolak dulu. Klu cukup dan berlebih.. aku akan capaikan niat aku tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment