Kolam Renang Bukit Jalil

Petang td dalam kul 3.15 petang, hubby, aku dan Aisya ke kolam renang di Bukit Jalil. Pada hari minggu begini kakak ipar dan abg iparku memang bawa anaknye ke kelas renang. Hari nie.. kami join diaorang sekali. Dari semalam sebenarnya nak bawa Aisya ke kolam di presint 16 pada waktu pagi.. tp... Aisya lajak tido jee.. Di presint 16 kolam dibuka selama 2 jam bagi sesi pagi dari pukul 9 ke 11 pagi.

 Yang pakai baju warna biru tu.. anak sedara hubbyku






 Aisya baru jee masuk dalam kolam. Mama malas nak tukar baju. Jadinye papa yang kena kawalnya dalam air.












 Syok cuci badan dalam bilik air.


 Tengok mata Aisya.. dalam kepenatan.


 Aku nak zoom kat kain rentang warna hitam tu sebenarnya.    Nama agensi yang mengajar kelas renang.


 Kumpulan nie.. dari aku sampai sampailah nak balik tak sudah-sudah laie. Diaorg bukan berenang pun... main air jee lebihnye.. Lontar air sana sini sesama mereka. Buat sakit mata aku je.. hih..


Kolam nie kedalamannya 3 meter. Em.. aku tengok-tengok memang dalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehadiranmu Begitu Bermakna (Bhg. 1)

Em... masa nie aku kesorangan melayan Lappy nie.. Aisya tido.. papanye pun menjadi peneman Aisya.. Hehe.. tido gak. Mataku mengantuk td... tapi.. malasku melayan nafsu mata. Better aku melayan FB dan tulis entry 

Sudah beberapa hari sampailah ke hari nie... banyak yang aku perhatikan segala perkataan yang dilatakan oleh Aisya. Alhamdulillah.. kebanyakan suara yang dilontarkan terang dan nyata. Kiranya, aku n hubby bole faham beberapa perkataan yang dikata. Tapi... biasalah.. bahasa jepun.. thailand n tah aper-aper lagi tu... memang sah kuar.

Perkataan yang telah disebut / Perbuatan yang dibuat :

Papa
Mama
Kakak
Mamam - (maksudnya makan)
Nak - (maksudnya hendak)
Meh n sambil tunjuk tangan - (maksudnya kena ikut dia aderlah sesuatu yang dia nak)
Gi ne - (Nak pergi mana)

Klu dengar azan dia letakkan tangan kat mulut suruh senyap.. sambil kata shut.. shut.. memang comel sekali.
Sudah tahu barang mama coz semalam aku letak sarung kemera dalam beg. Ader seorang kakak nie dia letakkan kemera yang mempunyai sarung yang sama denganku. Beberapa kali dia tengok jee... n kata mama.. mama.. aku tak perasan mulanya.. tapi.. dia tengok lagi sarung kemera atas meja tu.. n sebut mama.. mama.. baru aku perasan yang sarung aku dan kakak tu sama. Aku pun keluarkan kemeraku yang ada dalam beg, dan tunjukkan padanya kemeraku.. kakak tu pun keluarkan kemera dari sarungnya. Cuma... warna kemera yang lain. Aisya perhatikan lama n trus senyum. Pas aku simpan.. dia takde buat bising laie. Hihi.. anak mama memang bijak. Yelah.. kemera tukan yang aku selalu ambil gambarnye...

Jalannya sudah semakin laju sekarang. Yang betul2 ia dapat jalan dalam 4 hari ini.

Gambar Aisya selepas sejam lahir



                                                               
Gambar sekarang setahun sebulan 
                                     


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pi Majlis Penerimaan Hadiah

Akukan ader beritahu hari tu.. yang pada 11 Februari 2011 akan pergi ke majlis penerimaan hadiah bagi Kecekapan Tenaga TNB-HM. Lupa kee... Bab-bab terima hadiah nie memang aku tak pernah lupa. Pepagi aku pergi kerja cam biasa. Isi borang keluar opis untuk petangnya agar dapat pelepasan dari bosku. Tengahari sampai jee kat umah.. aku bersiap-siap apa yang patut.. Menu tengahari aku tapau jee dari cafe ofis. Aku beli 2 bungkus bihun sup dan sebungkus mee kari. Siap semua bekalan untuk Aisya, aku kena ambil Aisya kat umah pengasuh. uda kecil nie mesti kena bawa.. kang aku balik lambat dari sana.. kesian pengasuhnya. Lagi pun.. Aisya mesti tengok kejayaan mamanya terima hadiah untu peraduan ni. Hehe.. berkat berjaga malam .. aku dapat ilham untuk mereka slogan tersebut.

Dalam pukul 1.45 bertolak dari umah untuk ke Bangsar. Em.. jalan jem. Masa tu.. aku harap dapat sampai ke destinasi pada masanya.

Sampai di tempat yang dituju dalam kul 3.00 petang.. Masa tu.. aku trus bawa Aisya naik ke dewan yang ditetapkan di tingkat 5. Hubby kena cari parking. beberapa kali pusing katanya.. semua penuh. Kesian dia..

Inilah gambar-gambar sekitar majlis.


























Cek yang diterima. RM500. Bagi pemenang saguhati.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bekal Makan Untuk Aisya

Sejak balik dari kampung hari tu, aku tak dapat sediakan menu Aisya pepagi lauk ikan. Em.. bubur letak sayur-sayuran jee.. ada la bekalkan biskut dan roti. Sorry yee.. sayang.. stok balik dari kampung hari tu.. trus habis. Mama tak suka simpan lauk lama-lama dalam freezer klu tak betul-betul.. Lagi-lagi klu dah merancang cuti lama.. Lauk pun dah tak segar.

Pagi semalam, dapatlah aku buatkan ikan bakar  + ngan sayur brokoli untuk dibekalkan untuk Aisya bila berada di rumah pengasuhnya.



Ini bekal buat Aisya yang aku sediakan. Nasi aku masukkan dalam thermos mini dan lauknya dalam bekas kecil (hadiah dapat masa beli minyak masak sunflower).





Kat ikan tu ader aku letak sayur brokoli sekali. Aku rasa skit.. memang menyelerakanlah.. Yummy.. Yummy... Sedap..





Ada aku sediakan sekali makanan tambahan untuknya. Biskut bentuk jejari dan bentuk ikan. Aisya nie jenis pemakan. Jadi, aku kena sediakan makanan untuk dia lebih-lebih skit.





Ini budak kecil beberapa hari nie dia bangun awal.. Hehe..hampir nak pukul 7 pagi, Aisya dah bangun. Pepagi lagi dah tengok kartun.





Ralat tengok tv, aku ambil gambar nie.. dia tak perasan pun.        Kat sebelahnye tu.. kawan barunya, patung Barney.. Hehe.. beli masa kat kg. hari tu di Kedai All Beauty. Harganya RM38.00. Nak chiter skit, kedai nie masa aku zaman masih sekolah lagi dah wujud. Kira lama lah kan.. Ownernye pun masih ingat laie kat aku walaupun dak lama aku tak jumpa dengannya. Kira.. muka aku nie glamourlah kan.. Kiranya muka aku nie yang kerap terpacul kat depan kedainya dulu..

Perhati kat tekak leher patung Barney tu.. menyala warna merah.. Hah.. bila tpress kat tangan kirinya.. ia menyanyi.. kuarlah suara Barney.. I Love U, U Love Me, ......... camtu lah..





Masa nie baru Aisya sedar aku asyik snap gambarnya. Mulut terlopong jee..





Barney dah tumbang dikerjakan Aisya.





Dalam banyak-banyak patung aku beli.. aku perhatikan, kiranya.. Barney nie yang paling Aisya suka. Yang boleh dia peluk dan cium.. bila aku kata kiss.. kiss.. Ia juga jadi tempat peluk bila ia tido. Kiranya berbaloilah aku beli.

Nie dia dah syok biler aku ambil gambarnya jee. Em.. dah.. dah.. aku nak bertolak pi kerja pun masa tu..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kreatif Kee..

Chita nie masa cuti CNY laie.. ada satu hari tu aku pi umah kakak kandungku, Habshah di Johor Bahru. Sajer.. Lamer tak menjenguk diaorg.. Aku ader 2 orang abang dan 2 orang kakakku yang tinggal di kawasan Johor Bahru. Pada masa tuu.. aku hanya jumpa 2 orang kakakku.. Kak Habshah (Kak Cha) dan Kak Zabidah (Kak Idah) yang lain tak berkesempatan. He.. he.. masa cuti agak panjang nie.. bolehlah ke sana ke sini. Tapi.. membatas skit.. coz masa cuti kali nie kerap hujan.

Nie.. hal anak sedaraku.. Akhma. Dah tingkatan satu pun. Kak Cha chita.. dia ader berjanji ngan cikgunya untuk buatkan jadual bertugas dan jadual waktu kelas.. Foyoo.. 2 sekali tu.. Tak agak-agak. Aku aku kata.. 'Kalau diri tu kreatif kee... tak per ler juga.' Huh.. pedas jee bahasa.. Jadi.. ia meminta khidmat aku untuk membuatnye.. Kiranya maksunye nie terdiri dari kalangan orang yang kreatif lah yek.. Hehe.. jangan nak muntah lak.. baca statement aku nie... Aku nie.. biler tak cukup barang waktu nak buat sesuatu.. memang tak boleh.. bagi aku preparation untuk sesuatu memang penting.. Jadi.. kerna sediakan kelengkapan yang cukup.. kedai lak banyak tutup.. Ish.. CNY nie.. memang kita pun jadi susah..banyak kedai tutup. Itu ler orang melayu kena bangkit.. janganlah diharapkan kedai orang cina jee..

 Aku bagi lah idea untuk Akhma n suruh dia wat camne.. camtu... Tapi.. biasa lah bebudak yang kekadang ia pikir satu tanggungjawab yang diamanahkan tu.. remeh temeh.. Hah.. aku pun membebellah kat dia... Buat kerja bagaikan melepaskan batuk ditangga... Heh.. pok.. pek.. pok.. pek.. aku membebel kat Akhma. Sesekali kakak aku menyampuk. Dia boleh cakap.. Akhma sanggup jaga adiknya klu.. ibunye watkan kerja untuknye nie.. HUh.. statement baikk.. punya. Nasib ler dia dapat maksu yang baik hati nie...

Last2, aku ambil keputusan buatkan untuk dia. Tapi... kenalah bawa balik ke putrajaya. Dalam masa seminggu aku akan pos.

Berbekalkan kertas yang berconteng n comot nie.. aku perlu hasilkan jadual waktu kelas.





Nampak tu.. masa tu aku dah 50% siap untuk buat Jadual Bertugas. Baru letakkan kertas dan belum di tampal lagi.. Nie.. merangka susun atur.





Masa nie.. kul 2 pagi tau aku bangun semalam.. tak tipu..klu 2 petang aku sure ader kat opis. Kena bersengkang mata demi anak sedara.





Inilah.. hasil kerja yang aku buat. Ok tak... ok lah kan... hubby ku kata, klu cikgu dia tengok nie.. comfirm.. besok-besok kena buat lagi... Apa aku cakap.. kirim salammm.. maksunye nak tolong lagi.. dah. Aku ader pesan kat anak sedaraku.. klu rasa diri tak mampu nak buat sesuatu... jangan seksa diri sendiri. Klu.. nak glamour n dapat nama.. Tu ha... baca buku n skor dalam exam. Cikgu akan ingat anak muridnye yang pandai dan budi pekerti pun kena baik. Aku pun pernah gak jadi cikgu dulu.. guru sandaran selama 2 tahun. Takde lah aku nak kasi senang-senang markah kat muridku.. klu setakat dia buat kerja remeh temeh.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS