Result SPM Dah Keluar

Dup Dap.. Dup Dap..berdebar-debar rasanye.. Hehe.. macam lak aku yang mengambil SPM. Tapi.. aku pernah merasai saat macam tu pada SPM tahun 2007. Rasanya malam sehari sebelum result kuar.. memang tak lena tidonya. Penentu.. di mana akan aku pergi seterusnya...

Sebenarnya.. seorang anak sedaraku.. mengambil resultnye hari nie.. Nor Halimi, anak kakak sulungku. Dalam kul 11.00 pagi tadi aku tel abang iparku.. (kenapa tel. abang ipar... tak tel kakakku). Sebenarnya... abang iparku adalah kaunselor di sekolah anak sedaraku belajar.. SMK Agama, Segamat.

Biler ku tel..

Sekali dering..

Dua kali dering..

Tiga kali dering..

Dan lagi dering..

dan..

diangkat...

Biler ku tanya tentang resultnya.. Alhamdulillah... anak sedaraku cemerlang perolehi 11A (9A+, 2A). Aku sebagai mak sedaranya rasa berbangga kerna anak sedaraku dapat buktikan kemampuanya. Lagipun, masa dia kecil dulu.. aku pernah menjaganya(masa tu duduk ngan kakak). Aku berharap, bila besar nanti anakku pun dapat keputusan peperiksaan cemerlang seperti ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koleksi Putihku Bertambah

Keh.. keh.. keh.. tak tau nak chita aper ujung minggu nie.. Sedang melayan radio.. tiba-tiba bru ku ingat. Hari tu.. ala.. hari jumaat lalu.. 4 Mac 2011 hari tu, besday aku yang ke 31 tahun.. ala nak kata 13 tahun pun boleh.. takde saman punya.. Em, hubby ader kasi hadiah kat aku.. Walaupun bukan emas belian.. ribu riban punya.. tapi aku suka sekali...

Benda nie dari aritu lagi aku nak beli. Ader la tengok kat Giant.. Masa tu nak beli hubby tak kasi.. Dalam hati masa tu... em.. kedekut.. bukan duit dia.. duit aku pun.. Takpe.. diam jee lah. Tapi pastu ader gak membebel.. biasa barang yg nak tak dapat.. Eyyy.. buruk perangai tul..

Pastu dah lupa lah pasal radio tu...

Tapi... pada malam hari jadi aku tu.. aku dapat lak hadiah nie dari dia. Hehe.. terharu sangat... thank u bang. Mama sayang kat papa. Hehe..





Jadi bertambahlah barang elektrik warna putihku. Sebelum nie hadiah kahwin oven dan toster berwarna putih. Walaupun dah lama kahwin, tapi aku baru kuarkan dari kotak. Baru jee rasmi dalam sebulan lalu. Masa aku kahwin dapat 2 hadiah oven dari kakak dan abangku.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-jalan Pi Alamanda

Dah sihat skit semalam... tp perut memulas-mulas lak.. Hehe.. minta makan. Takpe.. nak ke Maybank sebenarnya.. fulus makin kurang dan aku tapau apa-apa yang ader di sana. Kuarkan skit duit dan singgah kedai bakeri berdekatan Maybank. Apa lagi yang aku cari...

Ni.. ha..
...
..
..
..
..
..
.. cheese tart.


Besar tau cheese tart blueberry nie. Satu harganya RM2.80. Berbaloilah ngan harganya. Yang kecil murahlah skit RM1.50. Tapi, bila aku tanya kat kakak yang jual tu.. katanya dah abis.

Aku memang suka cheese tart nie. Baru-baru nie aku ader pi kelas wat cheese tart blueberry n wat kek tiramisu. Sekarang nak cari mixer besar skit, bru leh ambil order. Nanti sesapa nak order, leh lah order ngan aku. Aku akan war-warkan dalam blog nie dan facebook. Hehe.. Layan yee gambar hasil yang dibuat masa kelas tuu..

Nie masa letak cream cheese kat dalam cookies. Em.. bru tengok nie pun dah mengiurkan..
Yummy.. Yummy.. sabar.. lum letak sesuatu laie...



Bila dah letak blueberry n bakar dalam oven.. Inilah hasilnya...



Nie lak nak buat kek tiramisu..masa nie letak biskut sebagai tapak kat bawahnye.



Tadaa... Nie lah bentuk kek yang dah jadi.



Kedua-dua hasil nie memang sedap.. Huh.. tak leh nak cakap kesedapannya. Keylah, sambung chita td balik.

Sampai jee umah, aku suruh Ami bersiap nak pi Alamanda. Tengok jam dah kul 4.30 petang. Em.. ambil Aisya sekali lah bawaq pi Alamanda. Kesian dia.. takkan nak ambil lambat dari umah Kak Ina.

Masa on the way ke Alamanda, aku suruh Ami duk belakang, temankan Aisya dalam car seatnye. Nak biarkan dia sorang kat belakang.. membebellah mulutnya tak berhenti kang.. apa dia cakap aku tak faham.. agak-agak jee dari nadanya.

Rasa tekak nie nak makan kat Johnny.. lama dah tak ke sana.

Masa jalan-jalan kat ruang tengah Alamanda, hehe.. nie memang aku suka. ada pameran Mom's Baking Needs. Layan yee gambar-gambar yang aku ambil nie..




















Em.. aku sebenar nak belajar wat benda-benda nie, namanya Kek Foundant. Insyaallah.. klu tiada aral melintang ujung bulan Mac nie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berehat Kat Umah Jee

Isk.. isk.. hari nie aku ader diumah. Disebabkan keadaan aku yang kureng semalam.. sah lah hari nie aku terpaksa beristirehat diumah. Nak ke opis macamana.. klu badan seram sejuk n lenguh-lenguh badan. Klu kena aircond opis yang semakin sejukkk sekarang.. bertambah lagilah staminaku tidak dapat dikawal.

Sebenarnya.. klu time bukan cuti sebenar.. boring duk umah nie. Bagi aku lah... tak tau ler korang... Walaupun kat opis sesibuk manapun.. aku suka berada di opis.. kawan-kawan di opis pun semuanya ok.. ok.. setakat nie lah.. Klu hal perli memerli tu.. coz mereka bergurau.. .aku tak ambil pusing sangat... biasalah.. aku bukan jenis simpan dalam hati.. buat macam angin lalu jee..

Eh.. tak sihat pun boleh update blog kee.. Ha... pagi td memang kesihatan kurang memberangsangkan... coz yang paling teruk malam td lah. Siap pakai stokin laie.. pi toilet jangan cakaplah.. walhal minum air bukan banyak manapun.

Tapi... semalam petang, pas ambil Aisya dari umah pengasuh... dengan tidak laratnya aku gagahkan juga diri pi kedai di R13 untuk beli air 100 plus.. Aku beli yang botol besar.. mula-mula nak suruh hubbyku beli.. baru nak dail nombornye.. aku pk balik.. better jee aku yang pi beli.. coz mesti dia balik lewat dari opis lagi.. macam hari-hari sudah.

Sampai umah, aku terus pekena air 100 plus 2 cawan ngan air masak 2 cawan. Pas mandi, aku rendam kaki ngan air garam di dalam baldi. Aku rendam tak lah sampai setengah jam.. Aisya beberapa kali nak kacau, dia nak celur tangannya dalam baldi tu. Em.. anak bertuah nie mamang suka dapat main air. Jadi.. aku wat dalam 15 minit jee...

Dalam tengahri nie.. kesihatan aku sudah semakin pulih.. mungkin tindakan cepat yangku buat semalam. Minum air 100 plus dan wat rendaman kaki.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasa Lain Macam Jee Nie..

Aduis... apa ke hal badan nie, rasa semacam dua macam jee. Takkan pekena Air Sri Perak kat cafe tadi trus macam nie.. Em.. mungkin jugak... dah lama aku tak minum berais. Pas hubbyku demam tempohari, diikuti Aisya.. nie pula.. aku rasa jangkitan telah menular ke badanku.. Adius... Janganlah kau datang demam. Banyak benda aku kena buat.

Klu demam melanda.. tak dapat aku bergerak cergas, ditambah lagi tak dapat aku bermain-main ngan Aisya dan yang jelasnya.. tak larat aku nak update chita dalam blog nie. Ishk.. Ishkk...

Klu deman, aku memang jarang makan panadol (nama dalam surat beranaknye.. PARASETAMOL). Ia bukan boleh membaikkan deman aku tapi sebagai ubat tahan sakit untuk badan. Masa demamkan kira akan rasa bisa-bisa badan dan badan jadi lesu + kurang bermaya.

Ubat demam yang aku tau:

- Minum air 100 Plus
- Ambil asam jawa dan campur dengan sedikit air.
  Sapukan pada leher dan kepala.
- Minum air barli panas
- Pergi farmasi beli Heat Cleanser

Berbalik pada chita Panadol td.. aku memang tak galakkan sesiapa pun makan, cuba elakkan klu boleh lah.. Tapi.. klu nak makan juga terpulang. Sendiri tanggung. Kat sini aku ader baca kisah keburukan panadol.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS